(dipetik dari dr. hafidzi)..
Hafidzi MN
Aqsa Syarif mengorak langkah bela al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 20 Mac - Tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di
perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan upacara perasmian tempat
penyembahan Yahudi, Haikal 15 Mac lalu bakal mencetuskan satu lagi
ledakan
perjuangan besar di Palestin. Upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri
Israel, Benjamin Netanyahu itu memuncakkan ketegangan sedia ada di Baitul
Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa.

Pada 16 Mac lalu, polis Israel bertindak ganas hingga
mencederakan lebih daripada 49 orang rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian
al-Aqsa. Suasana tegang ini kian meruncing sehingga menimbulkan keresahan
masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya, demikian pandangan
sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif dalam satu sidang media yang
diadakan di sebuah hotel di sini.
Kenyataan media Aqsa Syarif yang diadakan buat julung-julung kalinya itu
dibacakan oleh Pengerusinya, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. Menurutnya,
situasi cemas yang berlaku di Palestin kini menyebabkan Aqsa Syarif
menegaskan perkara-perkara berikut:
1. Menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci BaitulMaqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.
2. Menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur.

3. Menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca daripada dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan rejim Zionis.
4. Menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L'oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (*Boycott, Divestment and Sanction - *kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (*civil society*) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.
5. Menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.
6. Mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. Aqsa Syarif akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman rejim Zionis Israel.
Aqsa Syarif yang bermaksud 'Masjid Aqsa yang dimuliakan' didaftarkan di Malaysia sebagai sebuah organisasi berprofil sukarela atas dasar kemanusiaan. Ia membawa empat misi iaitu dengan pelbagai pihak untuk kebaikan Palestin. Aqsa Syarif yang beribu pejabat di Kajang, Selangor boleh dihubungi menerusi nombor telefon 03-7444428, e-mel admin@aqsasyarif.com

0 comments:
Post a Comment